Stadium Juventus F.C.

Rencana utama: Stadium Juventus
Pandangan dalam Stadium Juventus.

Pada awal penubuhannya, Juventus bermain di Parco del Valentino dan Parco Cittadella pada tahun 1897 dan 1898. Mereka bermain di Stadium Piazza d'Armi sehingga 1908 kecuali pada tahun 1905, tahun pertama meraih sxudetto dan pada tahun 1906, apabila mereka mula bermain di Corso Re Umberto.

Dari 1909 hingga 1922, Juventus bermain kejohanan dalaman di Kem Corso Sebastopoli sebelum berpindah ke Kem Corso Marsiglia pada tahun berikutan sehinggalah 1933. Pada penghujung tahun 1933, Juventus bermain di Stadio Mussolini yang baru dibina sebagai persiapan Piala Dunia 1938. Selepas Perang Dunia Kedua, stadium itu dinamakan sebagai Stadio Comunale Vittorio Pozzo. Juventus bermain di stadium itu buat masa 57 tahun dan jumlahnya 890 perlawanan liga.[72] Pasukan ini meneruskan sesi latihan di stadium sehingga Julai 2003.[73]

Dari tahun 1990 sehingga musim 2005-06, kelab Turin ini bermain untuk perlawanan di tempat senndiri di Stadio delle Alpi, yang dibina sebagai persiapan Piala Dunia FIFA 1990. Walaupun keadaan ini amat jarang berlaku tetapi kelab ini bermain tempat sendiri di berbagai-bagai stadium lain seperti Renzo Barbera di Palermo, Dino Manuzzi di Cesena dan Stadio Giuseppe Meazza di Milan.[74]

Pada Ogos 2006, Juventus kembali untuk bermain di Stadio Comunale, kemudian dikenali sebagai Stadio Olimpico, sebagai persiapan menghadapi Sukan Olimpik Musim Sejuk 2006 yang berlangsung di Turin. Pada November 2008, Juventus mengumumkan bahawa mereka telah mengeluarkan 120 juta euro untuk membina stadium baharu iaitu Stadium Juventus yang akan dibina di tapak delle Alpi.[75] Tidak seperti stadium lamanya, ia tidak mempunyai trek berlari dan jarak padang hanyalah 7.5 meter dari tempat duduk penonton[76] Kapasiti stadium ini sebanyak 41,475.[77] Kerja-kerja pembinaan bermula pada musim bunga 2009 dan stadium ini dibuka pada 8 September 2011 sebelum menghadapi musim 2011–12.[78]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Juventus F.C. http://www.bbc.com/sport/0/football/27463440 http://sportsillustrated.cnn.com/soccer/news/20140... http://www.deloitte.com/assets/Dcom-UnitedKingdom/... http://www.espnfc.com/juventus/story/2858561/juven... http://www.eurosport.com/football/juventus-claim-b... http://www.exor.com/index.php?p=azionariato&s=inve... http://www.exor.com/index.php?p=profilo&s=exor&lan... http://www.exor.com/portfolio/portafoglio_investim... http://www.fifa.com/classicfootball/clubs/matchrep... http://www.fifa.com/live-scores/clubs/club=italy-j...